Cerita Kami: Bihun Sup versi Malas

Saturday, August 15, 2015

Bihun Sup versi Malas


Salam Syawal.

Esok merupakan syawal terakhir. Genap 30 hari kita menyambut Syawal. Emak aku cakap, kalau kat kampung, da sunyi dahh, orang KL je beraya sampai sebulan. Hehe. Tahun depan, tak tahu la sempat atau tidak bertemu semula dengan Ramdhan. 

Disebabkan minggu ni adalah minggu terakhir Syawal, maka berpusu pusu la undangan ke open House. Aku sempat la pergi sebuah rumah hari ni. So, kat rumah memang tak masak la kan sebab pergi open house tgh hr tu. Makanya, malam lapar sudaah la. Nak makan something simple, sup sup panas. Ada 2 menu berlegar di fikiran. 

1. Meggi Kari Meletoop
2. Bihun Sup Chinese Style.

Setelah usap usap perut, maka perut kata Bihun Sup Chinese Style. Hahaa.  Kebelakangan ni, perut tak sedap la.. Bukan sakit perut nak pergi bank.. Macam sakit ada luka dalaman.. Lately ni angkat barang berat. Takut jugak. Huhuh.. 

Eh, nak cita pasal resepi je, tetiba melalut pulak. Ok, Jom tengok resepi

Resepi Bihun Sup Alia's Style

Ikan Bilis - rebus (guna rebusan untuk sup)
Bawang putih
Bawang Merah
Minyak bijan sikit
Udang
Telur
Carrot
Kobis
Bihun

Cara2nya: 
1. Rebus ikan bilis (lama lg sedap)
2. Masukkan Carrot
3. Kuali yg lain, tumis bawang
4. Masukkan bawang dalm rebusan ikan bilis
5. perasakan
6. Masukkan kobis dan pecah telur..
7. Siap!

p/s: jgn lupa celur bihun dulu.. kalau malas, masukkan je dalam sup tu.. senang

Jom tengok hasil nya. Walaupon rupa tak seindah kabar, masuk dalam mangkuk, Licin laa..



dalam fridge cuma ada kobis n carrot je.Kalau ada sawi ,cantik sikit la kot.





cili kicap versi malas.

bawang putih
cili api

blend 2 bahan dia atas ngan air. disebab kan cili api tu sikit dan aku punya la malas nak potong dulu, maka blender tak kisar ngan halus. So, ni nama nya cili kicap asal boleh. Lpas blend (yg tak berapa nak blend), panaskan kuali ngan minyak sikit, masakkan cili lama sikit, then masukkan gula n kicap. Siap


Nak Makan, masukkan cili kicap dan taburkan bawang goreng. Pergh pergh! Meleleh peluh kata ko.

Enjoy!

No comments:

Post a Comment