Cerita Kami: Kari Daging Ibuku

Thursday, March 31, 2016

Kari Daging Ibuku

KARI DAGING IBUKU

heheh amboi nama nak gempak je kan, ada ku kisahh


Bahan-bahan
1. Daging (dipotong Dadu)
2. Serbuk Kari
3. Serbuk Kari Daging
4. Serai 2 Batang
5. Bawang Merah (dikisah)
6. Halia
7. Bawang Putih
8. Daun Kari
9. Kerisik
10. Santan
11. Bunga Lawang
12. Kayu Manis
13. Kentang


Cara Menyediakan

1. Masukan Serbuk Kari,  Serbuk Kari Daging dan serai 2 batang di dalam satu Mangkuk.

 

 2. Masukan pulak Bunga Lawang dan Kayu Manis


3. Masukan Bawang Merah dan Bawang Putih yang telah dikisah tadi


4. Kemudian Boleh lah di masukan Kerisik di dalam mangkuk yang sama


5. Bahan seterusnya. Kisarkan Cili kering yang telah dipotong dengan halia. jangan lupa untuk       letakan sedikit air dan sedikit minyak seblum dikisar. 


dan inilah hasilnya
6. selepas dikisar kesemua bahan tadi campur kan bahan tdi dengan bahan yang ada didalam mangkuk seblum di tumis. jangan lupa untuk sertakan bersama daun kari.


7. kita panaskan periuk dengan sedikit minyak


8. tumiskan bahan-bahan tadi


9. selepas naik Bau boleh lah masukan santan dan air. dan jangan lupa bahan utama tadi yah. Daging dan kentang yang telah di potong empat. biarkan ianya masak.


10. Bolehlah dihidangkan Kari daging yang telah empuk dan masak tu untuk tetamu. untuk memastikan daging ni lembut. biarkan ianya masak selama 30-45 minit. 



SELAMAT MENCUBA!!!!!

No comments:

Post a Comment