Cerita Kami: Nan cheese RSMY

Friday, March 11, 2016

Nan cheese RSMY


Asal nya plan nak melawat Alynn dan baby Shaqir. Tiba tiba plan bertukar ke Nan Cheese. 

Aku, Alynn dan Has masih lagi dalam process pantang. (pantang makan). So macam macam teringin. So, kami decide untuk lepak di RSMY Nan Cheese Medan Tuanku. 

Zaty gerak dari Bangi, ambil alynn, has dan aku kat rumah. Mekasih kakak Zaty!

Hari Ahad, rasanya tak da kot saman menyaman ni. Tapi idak la uols. Nasib baik aku perasan abang DBKL datang. cepat2 Has ngan Zaty cari parking lain. Sementara nak cari parking, Nan Cheese pon sampai. Kami sampai awal. Sebelum pukul 12 tgh hr dah sampai. Kedai pon tak ramai orang lg. 




Ni la Nan Cheese .. gebu betul Nan dia.



Kitaorang order Nan Cheese, Garlic Nan, Butter Nan, Keema, dan Chicken Tandoori,


kalau nak dhal kena order asing. Dhal dia akn charge harga lain. Kalau order roti Nan, memang akan sampai roti Nan je tanpa kuah.


Tertidor baby Shaqir . Auntie2 sibuk makan je


Auntie Has & Auntie Alia pakai baju sama la... ha ha ha

Welcome to our club baby Shakir, Lepas ni, kita keluar lg ye.


Sekian dari Chicken Tandoori

No comments:

Post a Comment