Cerita Kami: Jom bercuti ke Yogjakarta 2016 - Day 2

Thursday, August 4, 2016

Jom bercuti ke Yogjakarta 2016 - Day 2

Day 2 bermula seawal 3:30pagi! 

Kau Rasa.. mengantukk, penat semua ada... hihi

 Hari ni kami bangun seawal 3:30pg sebab nak kejar kan sunrise. 3:30 pagi janji dengan Fajar, kita akan gerak dari hotel. Tapi biasalah.. hahah.

 Malu nak cerita. Kalau 3:30 pg waktu indonesia, maksudnya 4:30 pagi waktu Malaysia. So, aku dengan confident nya kunci alarm pukul 3:30 tanpa aku sedar yang jam hp aku automatic update waktu Indonesia. Bila tersedar 3:30 pagi, fajar pon suruh staff hotel call bilik sebab tak reply whatsaapp dia. Dia dah sampai weh! Kami masih mamai.. Semua mandi koboi je. Hahah.. tp still wangi tau!. Kah!


Perjalanan dari hotel ke Punthuk Setumbu dalam 1 sengah jam kot. Tak sure sangat sebab aku & pjote sambung Zzz sepanjang perjalanan. (ini akk kejam tingalin nana sendiri)

DESTINASI PERTAMA Day 2:

Phuntuk Setumbu



Harga yang di kenakan
IDR 30,000 (RM10) *seorang*



Kalau di Malaysia ala ala Broga. Penat jugak nak mendaki. Banyak tangga sebelum sampai kat atas. Sampai je kami solat subuh dulu. Tandas sangat bersih walaupun ramai orang, 






senyuman manis dari kak kak kak piuh sekalian.


Kami stay sehingga matahari terbit. Puncak ni dah dekat sangat dengan Gereja Ayam. Banyak jugak orang tempatan sana offer untuk bawak kami ke Gereja Ayam

DESTINASI KE 2 Day 2:

Gereja Ayam.


IDR 10,000 (RM3) *seorang*


Tempat di mana lokasi pengambaran Ada Apa Dengan Cinta 2. Aku tak berpeluang menonton movie tu lagi, so tak berapa excited pasal tempat ni. Tapi alang alang sudah sampai, rugi la tak pergi.

Perjalanan ke Gereja Ayam ada 2 cara. 

1. Dari puncak Puntuk Setumbu turun ke Geraja Ayam (selepas tengok matahari terbit)
2. Dari Puntuk Setumbu, turun balik ke kereta, Naik kereta , parking, then jalan kaki ke Gereja Ayam. 
Kami pilih cara ke 2, sebab Fajar kata naik kereta dekat je. Ye dekatt! Bagi dia sebab dah selalu.. Hhahaha.. Tercungap jugak la nak sampai sana.



Ni la rupa Gereja Ayam.

Sebelum pergi aku bayangkan yang Gereja Ayam ni, banyak Ayam,. haha. Rupa rupanya tidak. Ia adalah sebuah bangunan berbentuk ayam. Tapi selepas aku google sikit, bangunan ni sebenarnya menyerupai seekor burung merpati, bukan ayam.

Ni bahagian dalam bangunan. Tak ada apa sangat. Kami naik sampai tingkat 2 je. Tak naik sampai atas, ramai orang.



Pakcik,excuse us, please, 


Laluan ni pon bersih gila. Mereka sangat menjaga kebersihan. Laluan hutan pon di sapu. Good Job Pakcik.







Pemandangan Sawah padi, otw ke Borubudur Temple


Perjalan diteruskan . Sebelum itu jom makan dulu, Masa Fajar ajak breakfast kat sini, ada ragu ragu sikit. Tapi lepas je duduk, terus kagum. Bersih & kemas sangat warung ni. Cuba tengok susunan air tin tu... tersusun je.


Arghh sedapnya Air Kelapa. Tambah tambah dengan cuaca panas ni.


Ni menu & harga. Murah. Bersinar sinar mata tengok harga. Semua nak order. Tapi tak tahu menu apa. Panggil Fajar untuk translate menu. Kihkihkih.


Kami order Nasi Goreng, Mee Goreng (meggi) & set nasi. *lupanama*

Total : IDR75,000 (RM23.00)
*4 orang *

Yang meggi tu dua kali order. Memang kaw kaw punya breakfast sebab lepas ni kami nak bakar lemak di Borubudur.

DESTINASI KE 3, Day 2

Borubudur Tample.

Tak perlu lah cerita sejarah Borubodur tu ye, Uols google je nanti. 

Borubudur merupakan tempat yang WAJIB di lawati semasa di Jogjakarta. Tak lengkap lah percutian tanpa kesini. Rugi wooo.. Tapak Warisan Dunia di iktiraf Unesco ni



Bayaran tiket yang dikenakan. Kami dapat harga murah sikit sebab Fajar ada special price untuk pelancong yang dia bawak. Still harga untuk harga orang luar. Kalau ada student card, boleh dapat murah lagi. 

Harga pakej kami dapat:

Borubudur & Prambanan 
IDR 460,000 (RM140) *seorang*
Sebelum masuk, kami di beri pilihan air.
Mineral Water. Tea. Coffee.

Mineral water la. Nak meredah panas jap lagi.

Ada beberapa pilihan untuk ke Borubudur. Kami pilih naik train. Sebab, pagi tadi dah mencungap naik puncak tengok sunrise & Gereja Ayam. So, simpan energy sebab Borubudur pon kena banyak guna stamina.

Train ride. IDR7,500 (RM2.30) *anggaran*
*seorang*

Dapat free Mineral Water lagi. Lagi? Berat beg je (dalam hati)
Tapi ketahui lah, mmg penat .. tak cukup sebotol. Dah sampai sana, baru menghargai air mineral LAGI ni. hahaha. Tak menyesal berat beg.

Jom layan gambaq kami di bawak terik matahari.











kenapa kami tak pakai kain biru tu? Waaa... da berangan nak pakai tau. Tapi tu untuk sesiapa yang tidak menutup aurat je. Ala... saya pon nak fefiling pakai jugak!


        
Borubudur Tample.


     
kami pastikan semua gambar cantik . Baru berbaloi untuk kenangan, Camera jangan cakap. Semua jenis bawak, Beg berat Camera je. 

2 Dslr Canon, GoPro, SjCam & Camera Hp.
(gambar kelaut jugak taktahu nak habaq apa).



Keluar je dari Borubudur akan lalu peniaga peniaga cenderamata. Banyak kedai kedai souvenir, sepanjang jalan keluar dari Borubudur. Harga boleh tawar. Jangan risau. Sempat jugak la kami sambar seluar dan tshirt. 


Soping apa tu kak?

Keluar je, jumpa Fajar. Terteleng teleng dia tengok orang keluar, tp kami tak keluar keluar jugak. Hahah. Sian. Dia sempat cakap, kalau lagi sejam kami tak keluar, dia kena suruh orang carikan kami dalam Borubudur. Hahaha. Biasa la perempuan kan. 

Oh, benda yang paling penting untuk perempuan. Tandas! Jangan risau, toilet sangat senang didapati dah bersih. Memang bersih,.Berbaloi bayar.

DESTINASI KE 4 Day 2 

 Gunung Merapi


IDR 350,000 (RM107) 
sorang dalam RM36 mcm tu la
*harga bagi 1 Jeep, Short Route, 1 Hour duration.*


Selesai Borubudur, next destination is Merapi Mount. Dalam hati, ada debar. Gunung Merapi ni masih active. Perjalan ke Merapi dari Borubudur tak pasti berapa lama sebab aku Zzzzz lagi. kikikik *mmgsusahbawakorangberumurcuti*

Aktiviti menarik di Merapi ni semestinya menaiki Jeep.


Kami di bawa ke rumah yang musnah semasa Gunung Merapi meletus. Sekarang ni dah jadi muzium untuk menyimpan barang barang yang rosak masa letusan merapi. 

Rangka sapi/ lembu. Boleh pulak mula mula fikiran aku tak waras, ingat Dinosaur!  Hahahahaa... Kesian sungguh saya. Lepas dah back to reality, baru boleh berfikir semula... ni lembu lah kakak.


Ni kalau diikutkan oleh masyarakat sana di pangil poko bala. sebab apa. kira nya dapat dijauhkan dari bala yang jahat. 


Kawasan persekitaran sangat cantik. Macam yang kita semua tahu, lava gunung merapi tu akan membuat kan tanah jadi sangat subur. Hijauu... Cantik sangat.


Nasib baik kami ada driver yang sporting.


Berlatar belakangkan Gunung Merapi


Jeep yang kami naiki.

Oh ya, kami sempat beli Banana sorang sebijik, nak tambah energy. Sedap betul bila makan kat atas tu, Terus kenyang . Untuk hari ke 2 ni, kami tak lunch pon, sebab pagi tadi dah makan berat.  Save dah duit lunch. Excited berjalan, lapar pon tak terasa sangat. Kikiki

Ni driver kami ke Merapi. Thanks *sukirman* tolong tangkap gambar kami!!

Settle Gunung Merapi, kami sambung Zzzz sepanjang perjalanan. Sedih betul. Bukannya nak menikmati perjalanan! (hahahaha)

DESTINASI KE 5 Day 2:

Pramabanan Temple

Pakej sekali dengan Borubudur.

Gila lah! Ni dah masuk lokasi ke 5 dalam masa 1 hari. Dasat tak kami? Memang setiap masa digunakan sebaik mungkin. Tak membazir walau sesaat pon. Tapi setiap saat tu enjoy sangat. Alhamdulillah. 


Masa sampai Prambanan Tample ni semua dah flat. Penat kot. Sampai Prambanan, tengah mamai mamai, maklumlah sambung tidur dalam kereta. 

Semua muka letih dah. Tapi nasib baik sebelum masuk Prambanan, di sediakan minuman. Coffee, Tea & Mineral Water. Macam di Borubudur jugak. 

Kami memang tak fikir panjang. Coffee sorang secawan. Segar! Memang seperti tenaga di charge semula. Sedap pulak tu! Oh sedappnyaa. 




Gambar ditempat yang sama, pose yang sama, Orang je lain. Baru adil kan. Apa yang penting? Kerjasama!




Seharian kami berjalan, meneroka bumi Jogjakarta ni. Badan dah "berlengaih". Hari pon dah gelap. Habis tour Prambanan, pon ada kedai kedai sepanjang jalan keluar. Soping lagi. Tapi manja manja je. 

Kami decide nak balik Hotel untuk freshen up. Janji dengan Fajar, Sejam je masa untuk freshen up. Masuk bilik semua tak boleh santai santai. Nanti kena bebel dengan I. Maaf Uols, I bebel untuk kebaikan bersama. Hahaha. Solat siap siap, senang nanti. Tepat Sejam kami turun. Hebat tak? Menepati masa sungguh! Sebab pagi pg terlewat setengah jam. Huhuhu.

DESTINASI KE 6, Day 2

Sellie Cafe

Sellie Cafe juga merupakan salah satu lokasi penggambaran Ada Apa Dengan Cinta 2. 

Kami decided untuk Dinner dekat sini je. Nasib kami baik sebab masa sampai orang tak ramai. Menu dekat cafe ni pon manja manja je. Tp kami perut melayu, kena makan nasik. Nasib ada nasik goreng, tp kena menunggu 30 - 45 min. Nak masak nasik dulu lew tu. Hahaha... Redha je la menungu. Mana tahu tunggu punya tunggu, RANGGA datang ke kan. berangan



muka muka gembira dalam penat


French Fries order sampai dua kali.

Tunggu nasik goreng tak sampai sampai. RANGGA pon tak datang datamg.


RANGGA, apa yang kamu lakukan sama saya itu JAHAT!

Masa tnggu order kami sampai, orang pon dah mula ramai. Air pon dah order 2 kali. Nasi Goreng Baru sampai. 


Niat di hati nak naik kereta berhias ni. Tak silap dalam IDR30,000 (RM10) satu pusingan. 

Jangan tertipu tau. Ni bukan kereta. Ni ala ala basikal! Setiap tempat duduk ada pedel, Semua kena kayuh. Kitaorg plan nak suh Fajar je Kayuh, tp nasib dia baik masa sampai tu dah lewat sangat. Sampai pukul 10 malam je kalau tak silap.



Ada laptop tu. Sambil mengayuh layan movie. Haha.

Sampai hotel, ingat nak ngopi lagi dekat Cafe Hotel, tapi udah tutup pulak. Jom la balik kawan kawan.

Esok Aku & Pjote nak balik Malaysia dah! Huaaaa... Tak puasnyaa!. 

Semua kemas kemas beg. Nana pon check out sekali, check in Hotel lain pulak. Nanti dia update Hotel apa. Lepas kemas semua, Zzzzz tidak sedarkan diri.

Day 3 to be continue



No comments:

Post a Comment