Cerita Kami: Kakpiuh take Hatyai day 1

Saturday, December 31, 2016

Kakpiuh take Hatyai day 1

Assalamualaikum.

Dah lama kak piuh tak beraksi. Last trip pergi Jogjakarta Indonesia, July lepas. 

Actually trip ke Hatyai ni plan lama sangat dah. Setiap tahun nak p... tapi ada je halangan. 

Trip kali ni, still Faizah xdpt join sebab dia ada company trip at the same day we are planning for this trip. Memandangkan masing masing susah cuti, so terpaksa jugak proceed date ni, which is Isnin cuti Maulidur Rasul.


Kali ni kami adventerous & berani mati bawak kereta masuk Hatyai . Kenapa berani mati? Sebab kami bertiga je.. 3 dara pinggitan. Hahaha #giteew

Kami gerak Jumaat lepas kerja. Dalam 10pm kami bértolak dr Bangsar ke Bukit Kayu Hitam.

Few preparation before masuk sempadan:
1. Passport / Border pass
2. Insurance kereta
3. Salinan Geran kereta
4. Surat pengesahan dr owner bagi sesiapa yang bukan bawak kereta sendiri
4. Beberapa surat lg yang boleh di dapatkan di kedai Insurance kat chanlun. (Lupa la)


Perjalanan kami dr KL ambil masa yg agaak lama sebab kena tempuh 3x jem. Kami estimate sampai Changlun dlm 5 pagi mcm tu... tp dlm 7 baru sampai. Apalagi, subuh dinasor la semuanya. Kami singgah solat dlu... freshen up. Kebetulan sebelah masjid ada kedai Insurance... so terus settlekan hal insurance.

Kami bagi semua document, nnti org kedai ni akan isi kan. Tak silap dia bukak 24 hour.

Arrival card. Pon mintak tolong org kedai tu isikan #manjaangatni

Insurance kereta.

Semuaa dah ready moh la ke Thailand.

Kami sampai border dlm 830am. Makaaaihh banyak nyer kereta. 

Orang ramai sangaat.. Moh la kita selfie dulu. Kat border ni sangat la tak sistematik.. semua berebut2 nak cop pasport. beratur pon kena potong. Bayangkan berapa lama ni nak cop pasport je? 1230pm baru settle!! Tu belum nak settlekan bab kereta lg. Aduii nasib baik x pengsan! Breakfast pon belum. 

Dah settle cop passport, kena beratur untuk settlekan kereta pulak. Kat sini aku ngelat sikit. Aku tanya pegawai imigresen kat sana, mana nak cop... dia tunjuk tempat org beratur.. then aku pon beratur. Pastu pegawai tu panggil suruh p tempat yg kosong.. which is potong que. Hahhaa. Rezeki jgn di tolak. Maaaf..

Alhamdulillah.. separuh hari kat Border.

Welcome to thailand!

Perkara pertama kami buat lepas settle kat Border adalah cari simkad. Ni sangat penting bagi sesiapa yg bawak kereta. Senang nak guna maps. Sebab signboard dia tulis Siam la wei. Ada la sikit2, mcm Hatyai, songkla..ada la dia tulis paham.

Nana je beli simkad. Kami wakil dia je. Ehhejee. Dengan harapan guna wifi hotel je. Tp silap. Sepatutnya kena ada sorg lg backup yg ada internet . So kalau hp hang ke ada backup. Huuu...

Ok. Perut dah lapar. Kaki dah gigil sebab lama sangat berdiri nak cop passport.

Nasi goreng biasa yang boleh tahan sedap. 
Kami makan kat gerai gerai berdekatan dengan border. 

Pulut ayammm.
Ni salah satu wishlist nak makan bila sampai thailand. Ayam dia yg sedap tu. Pulut mcm biasa je. Mkan dengan sos thai.

Ni lagi satu wajib.
Thai iced tea.

Sepanjang hari kt Thailand minum.. walaupon batuk. Balik msia nnti makan ubat. Haha

Bihun celop ala ala kelantan tu.

Lepas makan, kenyang. Suka hati. Sepatutnya plan terus ke Songkla. Tp sebab lama kat border, kami tukar plan... check in hotel & freshen up dulu.

Masaalah timbul bila cari hotel x jumpa! Huuaaahhaa 😭😭😭😭.

Kami dapat hotel yang sangat murah which is RM113 je untuk 2 malam! Murahkan!

Booking melalui booking.com

Hotel ni baru, dan kawasan agak jauh dr Lee garden . Di sebabkan signboard yg tak membantu.. jenuh jugak nak cari hotel ni. 

Jalan jalan, pusing pusing tak jumpa2 jugak. Last berhenti dekat station minyak tanya awek thai.. ni pon masalah jugak sebab dia x paham langsung english. Mmg mcm ayam & itik bila bercakap. Kap kap kap. Hahaa

Last tunjuk hotel, mintak dia taipkan bahasa thai dekat maps baru jumpa..



Kami sampai hotel dalam 4.30 waktu thailand. Tengok hotel kami besttt kan. Berbaloiii sangat dengan yg kami bayar. Tambah extra bed cost RM15 per night.

Atas katil , bawah untuk lepak lepak. Ada sofa lg untuk tgk TV.


Sorang tdo bawah. Ok la. Cun untuk 3 org..

Settle check in, freshen up- solat, kami mintak hotel panggilkan tuktuk untuk ke Floating market & asean night market.

Agak mahal charge yang dikenakan. Alasan sebab dua tempat ni jauh. Ok fine. Sebab kawasan hotel kami susah nak dptkan tuktuk so kami terpaksa setuju.


Kami teruja naik tuktuk.

First time tuh.


Dalam tuktuk.

Driver tuktuk suruh snap no plate. Takut kami  jumpa dia. Kami lepak 2 jam di FLOATING MARKET.


Masa smpi dah nak dekat maghrib. Cuaca pon sayu je..


Elok je sampai, hujan turun dengan selebat lebaatnya. 😭😭😭

Nak soping pon x leh. Nak beli makanan pon susah. Terpaksa berteduh di kedai2 sambil tu cuci mata.

Alhamdulillah, hujan xlama. Adalah dlm setengah jam.

Ok, jgn buaang masaa.. jom cari makan!



Benda pertama yang dibeli. Air dlm pasu. Tak silap hargaa dlm RM3


Datang thaailand kena cuba sontam.
#tertelan ailio sendiri

Kuih apa tah nama. Berasaskan kelapa
 Sedap jugak.
1 bekas RM2

Jagung bakar

Tgh que nak beli makanan.



Dekat floating market ni, bukan jual makanan je.Baju, cenderamata semua ada. Harga boleh tawar.

Macam macam ado....

Settle makan & cuci mata kami terus gerak ke Asean night market.

Asean night market ni x seperti yang aku gmbarkan. Aku bayangkan mcm pasar malam tu. Tp rupanya. Dia dlm bangunan yang jual perbagai barangan.

Kaki dah penat sngt. Seharian x rehat. Mood soping xda sangat la. Just pusing2. 

Owh waktu balik, driver tuktuk x tunggu kami. Kena balik sendiri. Ni lg satu hal. Sebab hotel tu baru, so tuktuk x tau nak p macam mana. Nak explain pon depa x paham. Kap kun kapp je la.

Nasib kami baik sebab ada org thai yg pandai ckp melayum dia la dok explain kat driver tuktuk mcm mana nak p hotel kami. Tu pon driver tu still kena call hotel , sebab cari tak jumpa.

Alhamdulillah day 1 kami survive !

Sampai hotel, mandi manda, sambung makan pulut ayam dalam hotel

Lepas tu Zzzzz.


No comments:

Post a Comment