Cerita Kami: Percutian ke Lombok 2018 - abeltakeslombok Day 4

Saturday, February 17, 2018

Percutian ke Lombok 2018 - abeltakeslombok Day 4


Good Morning!

Akhirnya tiba la ke penghujung percutian kami berempat.

Pagi ni kami dah Janji dengan Eka untuk tiba di Jetty pukul 9pg. Disebabkan hari kedua hari tu kami lambat, so kali ni kami nak awal sikit la. (sikit je)

Pukul 730pg kami dah checkout dr bilik. Sob sob T_T

Pekerja hotel tanya, nak kereta kudanya jam berapa ? Kitaorg dengan confident , 830pg ya!



Settle checkout, acara tangkap gambar pon bermula. Mangsanya adalah pekerja hotel. Hahaa.. Tapi tak pe, sebab dorg memang sporting!

Setiap ceruk/spot cantik dia pulak suruh kita pose kat situ. Kami apa lagi, menerima dengan hati terbuka la.

Ni berlatar belakangkan swimming pool

Lobi

Settle sesi bergambar, kami terus breakfast sebab dah janji dengan kereta kuda jam 830.

830pg :  kereta kudanya sudah siap ye
abel : ooo jap eh. (hahhaha - perempuan .... biasa)
sambung makan.........

pekerja : kereta kudanya sudah sedia ya
abel : OK!
pergi toilet pulak, Lol

Akhirnya 850pg kami pon bergerak ke Jetty. Padahal janji dengan Eka pukul 9pg dah tunggu kat Jetty.

sebelum sampai Jetty, Eka dah pesan siap siap boat mana yang akan ambil kami.
Nasib baik masa sampai Jetty, boat belum sampai. Makanya, posing lagi la.

Di Jetty sementara tunggu boat untuk ke Senggigi

Kami turun di Terminal Teluk Nara, Made akan jemput kat sana.
Kami terus dibawa ke Villa Hantu. Salah satu tempat yang korang akan pergi kalau datang Lombok.
Kat sini tak lama, untuk tangkap gmbr je






ni pon dekat Villan Hantu. Cantik kan dinding dia. I suruh Leeya pose ala ala Vivy. #gitew

Masa yang ditunggu tunngu adalah

Shopping!

Made bawak kami ke Sasaku. Tempat famous la untuk shopping shopping ni.

Kalau ikut kan, hari pertama sampai kami nak p Sasaku ni. Tapi di sebabkan flight delay sampai malam, hari terakhir baru dapat menyinggah. Nasib baik jugak shopping last day. Cuba kalau first day tu dah shopping, mana nak angkut semua p pulau, lepas tu, sampai pulau dah miskin. Duit habis kat sini je.

Dekat sini, macam macam di jual. Dari kain songket sampai lah ke key chain. Semua in one store. Sediakan duit je. Sempat la jugak rembat kain songket beberapa helai.

Tshirt pon banyak. Pelbagai design. Cuma agak mahal sebab kain dia, good quality


Hasil mencandat di Sasaku.
Nanti dekat airport baru kita pikior macam mana nak simpan dalam beg.



Lepas shopping baru terasa lapar! kah kah kah
Jom makan AYAM TALIWANG! Lombok signature dish.
Kalau datang Lombok, kena makan Ayam Taliwang ni. Baru la complete percutian Lombok korang. Sebelum makan ni, kami was was jugak sebab kebanyakan blog experience dorg dapat ayam complete dengan kepala dan kaki sekali. Hahaha.
Kami risau jugak nak tanya Made, takut dia kecik hati. Huhuhu. Tapi dia cakap, dia paham. Orang Malaysia tak suka. So, dia akan bawak pergi kedai yg tak serve kepala & kaki ayam. Hahhaa.. Lega!
Ayam Taliwang ni, di hidang sekor seorang, sebab ayam dia kecik je. Ayam yang dibakar. Sos ada 2 jenis. 1 pedas, 1 lagi rasa macam kuah percik. Lepas tu, mcm biasa la ada side dish mcm tempe.

Lepas makan, kenyang, sukahati. Alhamdulillah
Kami sambung shopping snack2 dari Lombok di Anjani Oleh Oleh Khas Lombok


Ok, kenal kan. Ceh!

Yang hujung kiri tu la Eka. I deal dengan Eka la pasal trip ni. Senang sangat deal dengan Eka ni. Semuanya OK je. Info saja katanya. Untuk book trip dengan Eka ni, dia request deposit. Tapi, Eka ni boleh dipercayai ya. Ramai orang Malaysia, amek tour dengan dia. Bagi je date, nanti dia akan arrangekan tentative korang sepanjang di Lombok. Cakap je nak p mana, boleh aja.

Yang hujung belah kanan, tu la Made (sebutan Madi). Sepanjang di Lombok, Made la bawak kami kesana kemari. Eka tak follow, dia arrangekan je.



Ni gambar gambar dekat Anjani Oleh oleh khas Lombok


Macam macam snack ada jual kat sini. Ada tester, don't worry. Rasa dulu, baru beli


Settle beli dan belah. Haha.

Jom kita ke Dusun Sasak Sade.
Perkampungan yang famous dengan hasil tenunan dan culik menculik anak dara orang. Lol



Kami di bawah Pohon Cinta , di mana tempat anak anak muda dating



sengeh je akak ni menenun.. Boleh dah tu. Haha
Opss, ni dah ada orang yang punya ye
Wanita di perkampungan ni, pakai kain sarung/ batik

Ni tour guide sepanjang kami di Perkampungan Sade
Ni surau. Kata tour guide, dulu sebelum ada surau ni, orang di perkampungan ni, solatnya wakil saja pada seseorang. Maksudnya, sorang je solat wakil kan semua. Boleh pulak macam tu kan. Haha
Sejak dah ada surau ni, ramai penduduk yang dah turun solat secara berjemaah



Ok, settle. Jom kita pergi Bukit Merese.

Bukit Merese ni, nak mendaki dia taklah sesusah/sepenat mana.

Kami tak naik sampai atas sebab kesuntukan masa. Kat sini pon tak lama sangat.

Enjoy every second

kebetulan pulak ada kerbau tgh makan, dapat lah backgroud cantik. Eh, kerbau kan, bukan lembu. lol




Sekian lah percutian A.B.E.L ke LOMBOK 2018. 
Kita jumpa lagi 5 tahun ye. 

Entry seterusnya, I akan share keseluruhan perbelanjaan kami sepanjang di Lombok


LOVE
Alia.


No comments:

Post a Comment